Memaparkan catatan dengan label fiyQa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fiyQa. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Disember 2011

bukan senang nak cari kawan baik ...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum ..

diam seribu bahasa ..( lama tak p0st )

tak tahu apa yang nak dituliskan kat sini .. tapi rasa nya macam nak tulis jugak s0mething ..tapi nak tulis apa ea?

Fikir .

okeyh ! cite pasal kengkawan la ..

actually, aku tak ramai kawan ..yang ada pon, ada la beberapa kerat jea ..tapi kira ada jugak la kawan kan dari tak ada.. bagi aku, kawan sangat penting..

sebab..



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik. ^___^


Sabtu, 8 Oktober 2011

Pesan ayah

Assalamualaikum..! erk.. ado orang tak?  ?_?


Wah..lama la tak buka blog nih..tak ada cerita yang aku nak kongsikan..yela..aku bukanlah seorang blogger yang pandai berblogging…sekadar suka-suka je berblogging nih bila ada masa yang sengaja dibuangkan..


nak tulis tentang apa ea? Tak ada idea sebenarnya..tapi tak pa lah, aku nak tulis jugak..

sekarang nih, aku dah berada di tahun dua sem 3..dah jadi senior laa..ramai je budak2 sekolah aku dulu yang aku jumpa kat usim ni..yang bagusnya diorang nih tegur aku..dulu kat sekolah kalau jumpa berselisih pandang pun tak..tapi kat sini, tiba2 tegur aku siap salam cium tangan..alahai..bagusnyaa..sekurang2nya diorang kenal jugak aku kan..ingat bila aku dah keluar sekolah, tak ada sapa yang ingat aku..(terharu seketika)..

gedung ilmu...maktab mahmud alor star


aku nak cerita, sem 3 nih..banyak yang aku kena menghafal..yelaa, dah amik kos alquran sunnah kan..kena lah hafal alquran n hadith..betul2 menguji kekuatan minda aku dan untuk mengguatkan lagi minda, aku pun beli lah sebotol kismis TG(tok guru) masa expo kat kampus aku..murah kot, harga asal RM10 tapi promosi hari tu dapat RM6.50. bukan jual kismis je, macam2 ada. Baju,tudung,selendang,beg,kasut,aksesori laptop n hp,makanan. Macam2 lah..dah 2 minggu berturut2 diorang buat expo. Tapi aku tak tergugat! Hahaha..erkk..ok, aku beli tudung je..=.=’

amalkan setiap pagi makan 21 biji...


bila tengok baju2 yang di jual kat expo ada macam2 fesyen..yang blause, kebaya,kurung,jubah,tshirt labuh,tshirt pendek ketat sendat dan mampat. Terpulang pada kita jek nak beli dan pilih yang mana.

Teringat aku pada kata-kata ayah:  “kita pakai baju nih bukan nak berfesyen tengok orang pakai cantik, kita nak pakai..tapi kita pakai baju nih sebab nak tutup aurat,jaga maruah diri..bukan nak tunjuk kat orang. Tepuk dada Tanya iman”


Ayah pernah cakap kat aku, “kalau boleh..pakailah sesopan-sopannya..tutup yang mana terbuka, labuh yang mana singkat, longgar yang mana patut”. Kata ayah lagi, “tak salah kalau kita pakai baju kurung atau jubah setiap masa, jangan ada alasan susah nak bergerak. Cuba tengok orang arab yang pakai jubah besar2 naik turun ktm,bas, kapal terbang..ok je, tak ada masalah pun bagi diorang. Jangan sebab pakaian kita jadikan alasan”

pakaian mencerminkan peribadi

Aku berfikir sejenak…ada betulnya kata-kata ayah..sebab aku pernah perhatikan mereka-mereka yang ayah maksud kan. Sewaktu aku naik ktm, ada je yang berjubah besar, labuh dan berpurdah dengan bawak barang banyak naik ktm. Bukan itu saja, mungkin bila kita berpakaian nih kita mesti nak ikut suasana dan tempat yang kita pergi kan? 

Contohnya kalau kita pergi ziarah sanak saudara bila hari raya, pergi kuliah,pergi dengar ceramah kita mesti akan pilih pakai baju kurung kan? Tapi kalau nak ke shopping complex macam times square, the mines,midvalley kita mesti nak pakai yang ‘update’ skit macam tshirt or blause kan?. Sebab kita akan rasa malu kalau ke tempat2 macam tu pakai baju kurung kan? Hakikatnya, tau tak masih ada lagi yang berbaju kurung dan bertudung labuh bila di shopping complex dan tempat2 yang aku sebutkan tadi? Mungkin ada yang akan kata : “ee..kolotnya, tak reti nak berfesyen” or “ntah apa2 la diorang nih, datang tempat macam nih pun pakai baju kurung..” bagi aku, aku kagum dengan mereka2 yang masih lagi berbaju kurung bila di tempat2 macam tu, sebab diorang tak fikir tentang bergaya,fesyen,apa orang nak cakap,apa orang nak pandang janji diorang tahu apa yang diorang pakai dan tak ada halangan untuk diorang berada di tempat2 macam tu. Islam itu indah dan tak menyusahkan. Cuma kita yang menyusahkan diri sendiri.


Tak dinafikan aku pun macam tu jugak, bila nak pergi jalan2 kat KL mesti nak fikir pakai yang ‘update’ sikit. tapi tak salah jugak kalau kita berfesyen sikit contohnya nak pakai tshirt biarlah yang labuh, seluar longgar dan yang sama waktu dengannya…apa-apa pun tepuk dada Tanya iman.

So,  Dari situ aku mula faham..mungkin ayah nak anak2 dia dapat menjaga maruah diri salah satunya melalui cara berpakaian..

Aku tahu, apa itu aurat sebab aku dah di didik dari kecil oleh mak ayah sehinggalah aku masuk sekolah hingga ke ipt. Tapi dek kerana zaman semakin maju dan cara hidup kita mula berubah mengikut peredaran zaman, aku hampir tersungkur dan tertunduk dengan fesyen duniawi.  Kata ayah lagi “ kita amik kos pengajian islam syariah la,quran sunnah la, tapi bila berpakaian macam amik kos IT, nursing,akaun..langsung tak ada ciri2 islamik. Mana perginya ilmu agama masa belajar kat sekolah dulu? dari kecik sampai ipt belajar agama tapi kita tak praktikkan,. sapa lagi yang nak amalkan kalu bukan kita? ”


Insyaallah..sikit demi sikit aku cuba perbaiki diri. Segala apa yang aku tulis kat atas sekadar pendapat dan pandangan dari kaca mata aku . aku pun masih belum sempurna lagi dari segi pemakaian nih..masih banyak perlu di perbaiki.. Lain orang lain pendapatnya..apa2 pun yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri.


 muhasabah diri...


 (dalam tak ado cerita, panjang plak aku tulis…^__^)

Isnin, 25 Julai 2011

Assalamualaikum..


sedar tak sedar nak dekat bulan puasa dah kan?... cepat je rasa nya dah nak bulan puasa nih.bagi yang tak sedar tu, cuba tampar pipi anda sesedap rasa yea..^^,


alhamdulillah puasa kali nih, aku dapat bersama2 dengan keluarga. kalau sebelum nih, aku 
berpuasa di perantauan jek. iaitu di Nilai negeri sembilan yea..(perantauan la jugak an?)tapi kali nih, aku bersyukur sangat dapat peluang  menikmati ramadhan si samping keluarga terchenta. insyaallah.




setiap kali nak datang ramadhan, perasaan yang mula2 aku rasa, rasa terharu. sebab aku bersyukur sangat dapat berpeluang menikmati bulan ramadhan al mubarak kali nih..


kita pun tau kan bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan.  Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan."


jadi, dengan itu...apa kata untuk ramadhan kali nih, kita cuba jadikan bulan ini sebagai platform untuk kita sama2 meningkatkan iman dan amal dan memburu syurga firdausi. insyaAllah, kita juga sama2 berusaha menjadi individu muslimah yang terbaik! 






last but not least, caye nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak..! jom sama-sama kita hidupkan bulan ramadhan dengan memperbanyakkan ibadat..insyaAllah..! 


Barakaallahu fi kum..! ^^,

Isnin, 18 Julai 2011

Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas dan meneruskan hidup seperti biasa. 
Hari ini 18.julai.2011 bersamaan 17sya’ban 1432. Sedar tak sedar kita dah  pun berada di fasa terakhir 
bulan sya’ban dan bakal berjumpa dengan ramadhan tak lama lagi.

Harini bukanlah aku nak bercerita mengenai puasa atau raya, tapi aku sekadar nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang amat sinonim dengan kita semua. Ia merupakan satu perasaan yang ada pada setiap orang di dunia ni dan Perasaan itu adalah perasaan cinta yang aku yakin setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.

Aku tidak pernah merasai perasaan bercinta, dibuai cinta, disayangi atau menyayangi seseorang dalam hidup aku. Tapi, aku masih punya perasaan ingin mencintai dan dicintai. Cuma masanya belum tiba lagi,dan kalau boleh biarlah aku merasai perasaan tu hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.

Penjelasan mengenai cinta ini sering di jadikan satu isu di blog2, facebook, majalah, surat khabar mahupun di sekolah dan peringkat ipta. Jika ditanya cinta  siapa yang paling agung, pasti semua dapat menjawabnya, cinta ALLAH dan RASUL. Tapi sejauh mana kita menghayati cinta kita kepada  ALLAH dan RASUL?

Sebenarnya aku ada terbaca blog seorang rakan aku yang berpangkat kakak. Dulu, dia merupakan housemate aku. Berasal dari bumi kenyalang Sarawak. Aku sangat mengagumi dia, sebab dia seorang yang sangat berkeyakinan, bercita2 tinggi, dan mempunyai sifat motivasi yang tinggi dalam diri dia. Ketika aku serumah dengan dia, dia banyak bercerita tentang hidup dia, keluarga, dan kisah cinta dia. Tapi kini, kisah cinta dia yang dulu aku rasakan dia akan bahagia di samping si dia, hancur, musnah tanpa pengakhiran yang aku harapkan. Nak tahu kisahnya, boleh terus ke blog dia. kisah dia boleh dijadikan pengajaran buat kita.

apa  yang aku takutkan, sekiranya aku bercinta, adakah akan berakhir dengan lafaz pernikahan, menjadi suami isteri, mempunyai zuriat, dan hingga ke akhir hayat?  Aku harap dia akan bersabar dalam menempuh ujian ini, biar gagal di alam percintaan, daripada gagal di alam perkahwinan.
 sebagaimana janji ALLAH kepada kita dalam firmanNYA:

 di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)





Khamis, 23 Jun 2011

Catatan Pertama..

Assalamualaikum..first sekali, nak ucapkan terima kasih kat nabillah sebab sudi buat blog nih untuk dikongsi bersama.thank you.. w3lC0M3 t0 bICARA 2 hATI 2 jIWA.
Alhamdulillah dah nak cuti dah…tak sabar rasanya nak tunggu 8.7.11. tinggal lagi 2 minggu lagi kot. Hari yang di tunggu  semakin hampir. Penat woo.. menunggu nak balik. Ce bayangkan aku tak balik kedah dari bulan 2 lagi. sekarang dah nak bulan 7, ce kira dah berapa bulan aku tak balik? 5 bulan..5 bulan weh!! Lama tuu..hampa boley tahan tak balik kampung lama tu? Boley dak?? Tak bley kan?..teng0k,aku sorang ja yang bley..HAHA..kadang2 tu macam nak semput aku tunggu cuti nih. Tiap2 hari belek kalender,duk  kira berapa hari lagi nak balik..haha..

ha..macam ni lah rasanya bila duk berjauhan,rasa rindu tu tak tertanggung dah. Tapi bila ingat balik, tujuan aku duk sini pun nak belajaq, menuntut ilmu dan menimba pengalaman yang sangat2 berharga, so aku sabaq sikit,buang rasa nak balik tu, cuba focus kat study dulu. Sampai masa cuti, baru la cuti.. So, wish me luck untuk final exam nanti yea..(^_^)