Isnin, 18 Julai 2011

Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas dan meneruskan hidup seperti biasa. 
Hari ini 18.julai.2011 bersamaan 17sya’ban 1432. Sedar tak sedar kita dah  pun berada di fasa terakhir 
bulan sya’ban dan bakal berjumpa dengan ramadhan tak lama lagi.

Harini bukanlah aku nak bercerita mengenai puasa atau raya, tapi aku sekadar nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang amat sinonim dengan kita semua. Ia merupakan satu perasaan yang ada pada setiap orang di dunia ni dan Perasaan itu adalah perasaan cinta yang aku yakin setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.

Aku tidak pernah merasai perasaan bercinta, dibuai cinta, disayangi atau menyayangi seseorang dalam hidup aku. Tapi, aku masih punya perasaan ingin mencintai dan dicintai. Cuma masanya belum tiba lagi,dan kalau boleh biarlah aku merasai perasaan tu hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.

Penjelasan mengenai cinta ini sering di jadikan satu isu di blog2, facebook, majalah, surat khabar mahupun di sekolah dan peringkat ipta. Jika ditanya cinta  siapa yang paling agung, pasti semua dapat menjawabnya, cinta ALLAH dan RASUL. Tapi sejauh mana kita menghayati cinta kita kepada  ALLAH dan RASUL?

Sebenarnya aku ada terbaca blog seorang rakan aku yang berpangkat kakak. Dulu, dia merupakan housemate aku. Berasal dari bumi kenyalang Sarawak. Aku sangat mengagumi dia, sebab dia seorang yang sangat berkeyakinan, bercita2 tinggi, dan mempunyai sifat motivasi yang tinggi dalam diri dia. Ketika aku serumah dengan dia, dia banyak bercerita tentang hidup dia, keluarga, dan kisah cinta dia. Tapi kini, kisah cinta dia yang dulu aku rasakan dia akan bahagia di samping si dia, hancur, musnah tanpa pengakhiran yang aku harapkan. Nak tahu kisahnya, boleh terus ke blog dia. kisah dia boleh dijadikan pengajaran buat kita.

apa  yang aku takutkan, sekiranya aku bercinta, adakah akan berakhir dengan lafaz pernikahan, menjadi suami isteri, mempunyai zuriat, dan hingga ke akhir hayat?  Aku harap dia akan bersabar dalam menempuh ujian ini, biar gagal di alam percintaan, daripada gagal di alam perkahwinan.
 sebagaimana janji ALLAH kepada kita dalam firmanNYA:

 di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)