Assalamualaikum..
sedar tak sedar nak dekat bulan puasa dah kan?... cepat je rasa nya dah nak bulan puasa nih.bagi yang tak sedar tu, cuba tampar pipi anda sesedap rasa yea..^^,
alhamdulillah puasa kali nih, aku dapat bersama2 dengan keluarga. kalau sebelum nih, aku
berpuasa di perantauan jek. iaitu di Nilai negeri sembilan yea..(perantauan la jugak an?)tapi kali nih, aku bersyukur sangat dapat peluang menikmati ramadhan si samping keluarga terchenta. insyaallah.
setiap kali nak datang ramadhan, perasaan yang mula2 aku rasa, rasa terharu. sebab aku bersyukur sangat dapat berpeluang menikmati bulan ramadhan al mubarak kali nih..
kita pun tau kan bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan. Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan."
jadi, dengan itu...apa kata untuk ramadhan kali nih, kita cuba jadikan bulan ini sebagai platform untuk kita sama2 meningkatkan iman dan amal dan memburu syurga firdausi. insyaAllah, kita juga sama2 berusaha menjadi individu muslimah yang terbaik!
last but not least, caye nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak..! jom sama-sama kita hidupkan bulan ramadhan dengan memperbanyakkan ibadat..insyaAllah..!
Barakaallahu fi kum..! ^^,