Isnin, 25 Julai 2011

Assalamualaikum..


sedar tak sedar nak dekat bulan puasa dah kan?... cepat je rasa nya dah nak bulan puasa nih.bagi yang tak sedar tu, cuba tampar pipi anda sesedap rasa yea..^^,


alhamdulillah puasa kali nih, aku dapat bersama2 dengan keluarga. kalau sebelum nih, aku 
berpuasa di perantauan jek. iaitu di Nilai negeri sembilan yea..(perantauan la jugak an?)tapi kali nih, aku bersyukur sangat dapat peluang  menikmati ramadhan si samping keluarga terchenta. insyaallah.




setiap kali nak datang ramadhan, perasaan yang mula2 aku rasa, rasa terharu. sebab aku bersyukur sangat dapat berpeluang menikmati bulan ramadhan al mubarak kali nih..


kita pun tau kan bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan.  Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan."


jadi, dengan itu...apa kata untuk ramadhan kali nih, kita cuba jadikan bulan ini sebagai platform untuk kita sama2 meningkatkan iman dan amal dan memburu syurga firdausi. insyaAllah, kita juga sama2 berusaha menjadi individu muslimah yang terbaik! 






last but not least, caye nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak..! jom sama-sama kita hidupkan bulan ramadhan dengan memperbanyakkan ibadat..insyaAllah..! 


Barakaallahu fi kum..! ^^,

Sabtu, 23 Julai 2011

riang ria jalan-jalan

macam biasa..mulakan dengan بسم الله الر حمن الر حيم .........
alhamdulillah..syukur pada ALLAH..masih lagi bernafas di kala ini.,,alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH.,,


kali ni aku nak tulis pasal riang ria jalan-jalan.,,lagi dua minggu cuti sem nak tamat,,aku dengan 3 orang kawan aku buat date.,,hahaha.,,biasa laa dah lama tak jumpa.,,sekali jumpa.,,macam pasar ikan laa jadinya.,,hahaha..itu lah realiti..haha.,,

first date kami jumpa kat KFC..,sebelum nak jumpa kat KFC tu..aku dah janji dengan kawan aku D..nak pi ambek dia kat rumah tok dia..dalam perjalanan..tetiba tayar motor aku pecah.,,hah,..sudah.,,dah laa lewat dah masa tuu.,,aku call kawan ak A,..dia yang pi ambek D.,,aku lepas tukar tayar.,,aku dengan S terus pi KFC.,,

tunggu dalam 30minit..D dengan A pon sampai.,,,kami pon pi laa order makanan,.rupanya kat KFC tu tak dak dah sos dalam botoi.,,kami pon terpaksa laa guna kotak burger untuk isi sos...hahaha.,,punya laa banyak isi sos dalam kotak tu..

sambil makan.,kami dok diskas nak pi mana lepas tu.,,diskas punya diskas.,,kami pon dapat jawapan.,,kami pi melawat cikgu-cikgu kami.,,beli buah tangan,..lepas tuu baru pi rumah cikgu.,,dok dua jam.,,kami bergerak ke rumah cikgu sorang lagi pulak.,,sampai pukul 6 lebih,baru bertolak balik.,,bila dah sampai kat rumah cikgu.,,aku pon..automatik jadi DIAM..hahahaha.,,aku memang macam tu dah.,,pi pi laa rumah sapa pon..confirm jadi macam tuu..,,hahahahahaha.,,,gambar sikit jaa yang dan ambek pon.,,




Rabu, 20 Julai 2011

barang-barang kesayangan aku

kali ini nak share pasai barang-barang yang aku sayang.,,sebab apa aku kata aku sayang???SEBAB......

  1. bila aku rasa sunyi,sedih,gembira dan rindu.,,mesti aku akan ambil barang ni biar berada disisi aku.,,
  2. barang nih tak akan buat aku rasa sakit hati.,,tak banyak songgeh..,,



tu lah 3sebab kenapa aku sayang barang-barang tuu.,,barang-barang tuu ialah.......:

yang ni ALBUM aku..semua memori indah ada dalam tuu.,,

DIARY aku yang keselamatannya terjamin..sebab ada mangga..

DIARY kesayangan aku.,,sekali dengan pensil yang akan aku guna untuk tulis dalam tuu..                                                      





Isnin, 18 Julai 2011

Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas dan meneruskan hidup seperti biasa. 
Hari ini 18.julai.2011 bersamaan 17sya’ban 1432. Sedar tak sedar kita dah  pun berada di fasa terakhir 
bulan sya’ban dan bakal berjumpa dengan ramadhan tak lama lagi.

Harini bukanlah aku nak bercerita mengenai puasa atau raya, tapi aku sekadar nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang amat sinonim dengan kita semua. Ia merupakan satu perasaan yang ada pada setiap orang di dunia ni dan Perasaan itu adalah perasaan cinta yang aku yakin setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.

Aku tidak pernah merasai perasaan bercinta, dibuai cinta, disayangi atau menyayangi seseorang dalam hidup aku. Tapi, aku masih punya perasaan ingin mencintai dan dicintai. Cuma masanya belum tiba lagi,dan kalau boleh biarlah aku merasai perasaan tu hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.

Penjelasan mengenai cinta ini sering di jadikan satu isu di blog2, facebook, majalah, surat khabar mahupun di sekolah dan peringkat ipta. Jika ditanya cinta  siapa yang paling agung, pasti semua dapat menjawabnya, cinta ALLAH dan RASUL. Tapi sejauh mana kita menghayati cinta kita kepada  ALLAH dan RASUL?

Sebenarnya aku ada terbaca blog seorang rakan aku yang berpangkat kakak. Dulu, dia merupakan housemate aku. Berasal dari bumi kenyalang Sarawak. Aku sangat mengagumi dia, sebab dia seorang yang sangat berkeyakinan, bercita2 tinggi, dan mempunyai sifat motivasi yang tinggi dalam diri dia. Ketika aku serumah dengan dia, dia banyak bercerita tentang hidup dia, keluarga, dan kisah cinta dia. Tapi kini, kisah cinta dia yang dulu aku rasakan dia akan bahagia di samping si dia, hancur, musnah tanpa pengakhiran yang aku harapkan. Nak tahu kisahnya, boleh terus ke blog dia. kisah dia boleh dijadikan pengajaran buat kita.

apa  yang aku takutkan, sekiranya aku bercinta, adakah akan berakhir dengan lafaz pernikahan, menjadi suami isteri, mempunyai zuriat, dan hingga ke akhir hayat?  Aku harap dia akan bersabar dalam menempuh ujian ini, biar gagal di alam percintaan, daripada gagal di alam perkahwinan.
 sebagaimana janji ALLAH kepada kita dalam firmanNYA:

 di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)





Khamis, 14 Julai 2011

~~setelah sekian lama..akhirnya~~

بسم الله الر حمن الر حيم 

alhamdulillah..,,hanya itu yang mampu aku ucapkan.,,setelah sekian lama aku mencari seorang SAHABAT SEJATI akhirnya aku berjaya temuinya.,,alhamdulillah..terima kasih YA ALLAH...aku bersyukur kepada-Mu YA ALLAH..




~~ kami ~~

  
aku kenal dengan sahabat sejati aku nih bermula pada tahun 1998..masa tu aku just kenai nama dia jaa.,,kelas lain-lain..kami tak pernah rapat.,,sembang pon tak pernah.,,bila jumpa pon tak bertukar senyuman..kerana..bagi aku masa itu..sahabat aku,hanya orang yang aku kenai dan rapat serta selalu luangkan masa bersenbang dan bergurau senda bersama.,,rupanya aku tersilap.,,aku salah dengan fahaman aku terhadap apa itu erti SAHABAT..
apabila masuk era 2000..lebih tepat lagi pada tahun 2004.,,kami ditakdirkan belajar dalam satu kelas.,,tapi tetap tak bersembang satu sama lain..,apatah lagi berbalas senyuman.,,maka.,,berakhirlah tahun 2004.,,masuk plak tahun 2005..tahun yang akan aku ingat dan terus ingat.,,pada tahun inilah aku berkenalan dengan DIA..walaupon masa tu dah kenal 8tahun dah..tapi baru nak berkenalan.,,

lama kelamaan..kami menjadi semakin rapat..boleh bergurau senda..tolong satu sama lain..dan yang penting kami saling memahami.,,sampai laa tahun 2007..aku rapat balik dengan kawan aku yang dulu masa sekolah rendah dia lah sahabat aku.,,kemana saja kami berempat.,,TAPI.....
langkah saja tahun 2008..2009..2010.2011..semuanya telah berubah.,,biar pon semuanya telah berubah..tapi DIA tetap setia disamping aku..walau apa pon yang berlaku..DIA tetap bersama aku.,,segala masalah..aku pasti akan kongsi dengan DIA.,,keakraban kami umpama UPIN IPIN..seakrab mana pon kami..tetap ada pergaduhannya.,,barulah ada rentak kehidupan..

~ inilah keakraban kami ~


dalam dirinya ada ciri-ciri SAHABAT yang perlu kita cari.,,antaranya..ini lah ciri-cirinya :

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
  • jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,DIA akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

  • jika DIA mendapar sesuatu kebajikan daripadamu,DIA akan menghargainya.

  • jika engkau membuat bakti kepadanya,pasti DIA akan melindungi mu.

  • jika engkau berdua berselisih faham,DIA akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatn itu. 
 
 kita juga diingatkan supaya melihat dua sifat ini sebelum memilih seseorang menjadi sahabat..:
v
v
v
v
v
v

  • orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian..


  • orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara. 
semua itu ada dalam dirinya...dan DIA lah SAHABAT SEJATIKU

~ sahabat selamanya ~




.