Jumaat, 2 Disember 2011

bukan senang nak cari kawan baik ...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum ..

diam seribu bahasa ..( lama tak p0st )

tak tahu apa yang nak dituliskan kat sini .. tapi rasa nya macam nak tulis jugak s0mething ..tapi nak tulis apa ea?

Fikir .

okeyh ! cite pasal kengkawan la ..

actually, aku tak ramai kawan ..yang ada pon, ada la beberapa kerat jea ..tapi kira ada jugak la kawan kan dari tak ada.. bagi aku, kawan sangat penting..

sebab..



Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik. ^___^


Selasa, 15 November 2011

11 NOVEMBER 2011


بسم الله الرحمن الحيم
Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak nak update blog nih..huhu..setelah sekian lama menyepi,,akhirnya..yaa..akhirnya..haha..ada jugak peluang… 11.11.11..tarikh yang paling aku nanti-nantikan…tarikh keramat bgi aku..kenapa aku kata macam tu???why???limaza??

Haaa..sebab..11.11.11..tepat jam 3.30petang..berakhirlah final exam aku..haha..setelah 4bulan berhempas pulas study ( laa sangat )..haha..akhirnya semua soalan habis jugak aku jawab..betol ka tak jawapan tu..wallahua'lam…tunggu tengok result ja..so,bila dah habis exam ni..mesti laa kena cutikan??Kali ni aku cuti sebulan jaa..tak lama..tapi tak per..yang penting aku boleh dok kat rumah..ahhh,betapa tenangnya jiwaku..inilah yang aku tunggu-tunggu..walaupon memang tiap-tiap hari dok rumah..haha..

Pada keesokkan harinya..bersamaan 12.11.11..aku dah janji dengan member terbaik aku..kami dah janji nak pi makan KFC..lama dah dok pendam..hahaha..akhirnya..dapat jugak makan..kami pilih KFC TOM YUM CRUNCH…yang HOT ( laa sangat ) tu kan..kami beli tak banyak..sorang 2 ketul jaa..dengan bismillah..kami pon makan..tak de laa hot sangat macam iklan dalam TV tuu..tak HOT mana pon..warna pon pucat jee..bila balik rumah jaaa…aku terus jadi pengunjung setia 'pejabat'..sebab HOT sangat..haha..keHOTan dia tu terasa sampai hari nih..potong habis segala plan aku..huhuhuhu..tak mau dah lepas nih makan KFC TOM YUM CRUNCH…aku lebih suka yang biasa ja..huhu..okey..tutup cerita pasai tu..

Sebelum pi KFC..kami pusing-pusing singgah butik pengantin dulu..pi survey pasai pakej pengantin..bukan aku laa..tapi kak aku..aku dok tunggu kat luar jaa..sebab apa aku tunggu kat luar ja??sebab…………..belum masanya..hahaha..aku masih muda remaja..hahaha..lepas kami I butik pengantin..tempat yang wajib aku singgah..semetinya POPULAR….aku beli buku…………………

JENG…JENG…JENG………………….

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Haaaa…ni la yang aku beli..hahahaha..amacam??ok x??haha

Aku baru jaa buka tengok-tengok macam tu..tak baca sepebuhnya lagi..tapi dah rasa sebak..insaf..terharu..semua laa..huhu..tu tak baca detail lagi..kalau baca detail..aiii..confirm..confirm…..tepuk dada tanya hati…ehmmm…sekian dulu untuk kali ini..wassalam.. J

Sabtu, 8 Oktober 2011

Pesan ayah

Assalamualaikum..! erk.. ado orang tak?  ?_?


Wah..lama la tak buka blog nih..tak ada cerita yang aku nak kongsikan..yela..aku bukanlah seorang blogger yang pandai berblogging…sekadar suka-suka je berblogging nih bila ada masa yang sengaja dibuangkan..


nak tulis tentang apa ea? Tak ada idea sebenarnya..tapi tak pa lah, aku nak tulis jugak..

sekarang nih, aku dah berada di tahun dua sem 3..dah jadi senior laa..ramai je budak2 sekolah aku dulu yang aku jumpa kat usim ni..yang bagusnya diorang nih tegur aku..dulu kat sekolah kalau jumpa berselisih pandang pun tak..tapi kat sini, tiba2 tegur aku siap salam cium tangan..alahai..bagusnyaa..sekurang2nya diorang kenal jugak aku kan..ingat bila aku dah keluar sekolah, tak ada sapa yang ingat aku..(terharu seketika)..

gedung ilmu...maktab mahmud alor star


aku nak cerita, sem 3 nih..banyak yang aku kena menghafal..yelaa, dah amik kos alquran sunnah kan..kena lah hafal alquran n hadith..betul2 menguji kekuatan minda aku dan untuk mengguatkan lagi minda, aku pun beli lah sebotol kismis TG(tok guru) masa expo kat kampus aku..murah kot, harga asal RM10 tapi promosi hari tu dapat RM6.50. bukan jual kismis je, macam2 ada. Baju,tudung,selendang,beg,kasut,aksesori laptop n hp,makanan. Macam2 lah..dah 2 minggu berturut2 diorang buat expo. Tapi aku tak tergugat! Hahaha..erkk..ok, aku beli tudung je..=.=’

amalkan setiap pagi makan 21 biji...


bila tengok baju2 yang di jual kat expo ada macam2 fesyen..yang blause, kebaya,kurung,jubah,tshirt labuh,tshirt pendek ketat sendat dan mampat. Terpulang pada kita jek nak beli dan pilih yang mana.

Teringat aku pada kata-kata ayah:  “kita pakai baju nih bukan nak berfesyen tengok orang pakai cantik, kita nak pakai..tapi kita pakai baju nih sebab nak tutup aurat,jaga maruah diri..bukan nak tunjuk kat orang. Tepuk dada Tanya iman”


Ayah pernah cakap kat aku, kalau boleh..pakailah sesopan-sopannya..tutup yang mana terbuka, labuh yang mana singkat, longgar yang mana patut”. Kata ayah lagi, “tak salah kalau kita pakai baju kurung atau jubah setiap masa, jangan ada alasan susah nak bergerak. Cuba tengok orang arab yang pakai jubah besar2 naik turun ktm,bas, kapal terbang..ok je, tak ada masalah pun bagi diorang. Jangan sebab pakaian kita jadikan alasan”

pakaian mencerminkan peribadi

Aku berfikir sejenak…ada betulnya kata-kata ayah..sebab aku pernah perhatikan mereka-mereka yang ayah maksud kan. Sewaktu aku naik ktm, ada je yang berjubah besar, labuh dan berpurdah dengan bawak barang banyak naik ktm. Bukan itu saja, mungkin bila kita berpakaian nih kita mesti nak ikut suasana dan tempat yang kita pergi kan? 

Contohnya kalau kita pergi ziarah sanak saudara bila hari raya, pergi kuliah,pergi dengar ceramah kita mesti akan pilih pakai baju kurung kan? Tapi kalau nak ke shopping complex macam times square, the mines,midvalley kita mesti nak pakai yang ‘update’ skit macam tshirt or blause kan?. Sebab kita akan rasa malu kalau ke tempat2 macam tu pakai baju kurung kan? Hakikatnya, tau tak masih ada lagi yang berbaju kurung dan bertudung labuh bila di shopping complex dan tempat2 yang aku sebutkan tadi? Mungkin ada yang akan kata : ee..kolotnya, tak reti nak berfesyen” or “ntah apa2 la diorang nih, datang tempat macam nih pun pakai baju kurung.. bagi aku, aku kagum dengan mereka2 yang masih lagi berbaju kurung bila di tempat2 macam tu, sebab diorang tak fikir tentang bergaya,fesyen,apa orang nak cakap,apa orang nak pandang janji diorang tahu apa yang diorang pakai dan tak ada halangan untuk diorang berada di tempat2 macam tu. Islam itu indah dan tak menyusahkan. Cuma kita yang menyusahkan diri sendiri.


Tak dinafikan aku pun macam tu jugak, bila nak pergi jalan2 kat KL mesti nak fikir pakai yang ‘update’ sikit. tapi tak salah jugak kalau kita berfesyen sikit contohnya nak pakai tshirt biarlah yang labuh, seluar longgar dan yang sama waktu dengannya…apa-apa pun tepuk dada Tanya iman.

So,  Dari situ aku mula faham..mungkin ayah nak anak2 dia dapat menjaga maruah diri salah satunya melalui cara berpakaian..

Aku tahu, apa itu aurat sebab aku dah di didik dari kecil oleh mak ayah sehinggalah aku masuk sekolah hingga ke ipt. Tapi dek kerana zaman semakin maju dan cara hidup kita mula berubah mengikut peredaran zaman, aku hampir tersungkur dan tertunduk dengan fesyen duniawi.  Kata ayah lagi “ kita amik kos pengajian islam syariah la,quran sunnah la, tapi bila berpakaian macam amik kos IT, nursing,akaun..langsung tak ada ciri2 islamik. Mana perginya ilmu agama masa belajar kat sekolah dulu? dari kecik sampai ipt belajar agama tapi kita tak praktikkan,. sapa lagi yang nak amalkan kalu bukan kita? ”


Insyaallah..sikit demi sikit aku cuba perbaiki diri. Segala apa yang aku tulis kat atas sekadar pendapat dan pandangan dari kaca mata aku . aku pun masih belum sempurna lagi dari segi pemakaian nih..masih banyak perlu di perbaiki.. Lain orang lain pendapatnya..apa2 pun yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri.


 muhasabah diri...


 (dalam tak ado cerita, panjang plak aku tulis…^__^)

Jumaat, 30 September 2011

~~amalan-amalan untuk memohon jodoh~~



 

 
1. Membaca surah Yaasin
setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.

 



1. Seseorang yang berjihad dijalanNYA.
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya.
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya.


8.
Berdoa dengan kusyuk
diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.



9.
Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling mudah;


Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli'ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa-apa saja bahasa yang anda mahir…


Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli'ala saidina muhammad.


 

oRaNg LaIn dAh AdA….TaPi aKu???


بسم الله الحمن الرحيم

 

(dicopy dan dipaste oleh aku..daripada hasil karya Fatimah Syarha 2008)


 

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah nak kawin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
  
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.

            Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

            Oh, remaja!

            Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

            Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!

            Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

            Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, "first thing first". Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.

            Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!

            Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

            Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

            Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

            Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya.sekian
J


 

~` SeCeBiS wArKaH uNtUk bAkAl tEmAn HiDuP Ku `~


بسم الله الرحمن الرحيم
aSSaLAmua'Laikum wArahmAtullahi waBarakatuh…,,,

ke hadapan bakal teman hidup yang ditakdirkan untukku,..

disaat ini..dikesempatan ini..dimasa dan saat ini..ingin aku coretkan secebis warkah khas untuk dirimu..biarpon hanya secebis..namun ku berharap ianya sangat bermakna buatmu..


 

Duhai teman hidupku..,

duhai bakal PEMIMPIN hidupku,

duhai bakal IMAM untuk membimbingku,

duhai bakal bapa kepada si cilik-si cilikku,

duhai bakal menantu ibubapaku,

siapakah engkau sebenarnya?

di manakah engkau berada sekarang?

bilakah kita akan dipertemukan?

Meskipun dirimu tak kukenali,.

Tetapi aku yakin bahawa dirimu ada untukku..

dan aku juga berharap yang dirimu juga sepertiku, merinduimu..

ku titipkan doakan kesejahteraan ke atasmu..

nantikanlah saat pertemuan kita berdua apabila tiba masanya..

Andai kau tahu….

aku juga harap kau tahu….

Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku…

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.. ..

Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana….

tapi DIA….

DIA yakni Allah yang menjadikan dirimu dan diriku,..

di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui…

InsyaAllah,,Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama…

InsyaAllah dirimu tetap untukku,..

Jika itu yang Allah kehendaki…

Jodoh itu seperti rezeki…

Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku…

Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya…

Ku mohon sungguh Ya Allah,,,,

Kuatkanlah imanku dan imannya….

Jika dia benar untukku,Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,..

Jika dia bukan untukku,damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu….


Yang menantimu..,,
                       DOUBLE N

 

~~Apakah maksud semua ini??~~


•. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • •. ¸¸ ♥ •. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • .... ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •.¸ ♥ ♥•. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • . ¸¸ ♥ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • ...

Ehmm..tahun lepas aku pernah laa sekali cuba kuiz yang ada kat facebook tuu..ini kuiznya..

berapa lama anda sanggup menunggu orang yang anda cinta?


 

Ini Hasilnya: kamu adalah penunggu cinta yang sejati

i love it!!! selamat...!!! kamulah orang yang paling tabah dlm menanti seseorang.... semoga orang yang kamu nanti itu sadar betapa kamu mencintainya walau kamu selalu disakiti olehnya....


 

وكم تبقى من ليالي كي احلم بك فيه ؟ وكم سنة يجب ان اناديك كي تسمع نداءي ؟ وكم سنة يجب ان ابكي كي تدرك حجم المي ؟ لماذا بين يدي ويديك سرب من الاسلاك.. لماذا حين اكون انا هنا تكوني انتي هناك...

Berapa banyak malam yang ada harusku ku bermimpi untukmu?.
Berapa tahun harus ku memanggilmu untuk mendengar rayuanku?.
Berapa tahun lagikah harus ku menangisi bagi meredakan kesakitanku?.
Kenapakah di antara tanganku dan tanganmu dipagari dawai berduri.. Kenapakah apabila ku berada di sini engkau pula berada di sana.
.....


 

Ku mengatur langkahku..Jalan tanpa bayang-bayang mu..Langit dan bumi setia menemani ku..Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku..Ku kepanasan tanpa perlindungan mu..Hari berganti hari aku masih teguh menanti..Hadir diri mu dalam hidup ku ini..Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari..Namun yakin ku kau kan ku temui..

Ku takkan pernah cuba berhenti..Langkah ku mencari cinta..Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia..Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu..Ku lihat semua gembira..Bila mengenali erti cinta..Senyuman ku beri hanya duka..Bila ingin teman tuk berbicara..Cinta jangan sembunyi..Mataku ku kabur mencari..Hadirlah dalam hidup ku ini..Cinta jangan engkau pergi..Bila langkah ku cuba..Untuk mengejar diri mu

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati..Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi..Renungan mata bukan pandangan biasa..Kini baru ku sedari..Selama ini kau ku sayangi..Andai bukan itu hakikatnya..Mengapa rindu yang ku rasa???Mungkin tiada ku fahami..Tidak dapat ku nafikan lagi..Beban rahsia kian membakar diri.

kalimah cinta selongkar renungan dicipta..mungkinkah dibiar terdampar..kasih tak kesampaian..naluri bisik bukannya dambaan cinta..ikhlas ku nyatakan..kau yang sayangi..kau yang kucintai..walau tak mampu ku miliki..Ingin ku luahkan..mungkin satu hari..kan terbuka pintu hati..dapat jua kau terima..diri ku akhirnya..



Tak ubah berbunga lalang..Rendahnya pandangan mu..Pada ku yang amat memerlukan..Kegersangan sekeping hati..Harapkan setitis embun..Pada basah rindu ini..Aku yang terbiarSejak mula lagi..Puas ku merintih..Puas ku berduka..Ku hanya mampu berserah..Berserta doa harapan..Ubahlah haluan hidup ini..Demi cinta yang menyala..Ku rela menggengam bara api..Demi kasih yang mengharum..Sungguh aku rela..Biarpun pada pandangan..Seperti bunga layu yang terbuang..Namun kau pasti tahu..Semua kerana aku masih lagi setia pada mu..Biar ku menangis seumpama pengemis.

Berikanlah jawapan..Huraikanlah simpulan..Biar tenang jiwaku..Setelah kasih lama berlalu..Tidak mungkin ku lupa..Perjanjian kita..Di bawah rumpun bambu..Di kala bulan sedang beradu..
Di kala hatiku terlukis namamu..

Kalau memang tiada jodoh..Apa lagi nak ku heboh..Aku malu pada teman..Pada semua
Rindu ... rindu serindu rindunya..Namun engkau tak mengerti..Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli..Malu ... semalu malunya..Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya..Namun apa daya orang dah benci..



Ku menyaksikan seraut wajah cinta..Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan..Bagaikan cinta yang terkubur
Adakah mungkin untukku menghindari..Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan..Kecewa ataupun bahagia..

Ku mengharapkan ikatan kemesraan..Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan..Ku yakin padamu oh Tuhan

Rindu... telah melekat dalam hatiku..Walau awan berlalu..Rinduku... tak berubah arah
Purnama mengambang... cuma berteman..Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada..Aku merindu pada yang kasih..Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku..Purnama mengambang berbagai warna..Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Tak pernah kutermimpi.. Untuk bercinta denganmu ..Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya kau dapat terima aku seadanya ..Itulah buktinya keihklasanmu ..Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan ..Segala impian yang lama terpendam..Masih terpahat di dalam ingatanku
Begitu syahdu ..Tika menyusur kenangan denganmu ..Begitu lama Pergimu tak kembali menguntum rindu ..Di atas ranting usiaku


Musim berganti... Meninggalkan kesan yang mendalam ..Aku menerima sebagai satu pengalaman
Sehingga kini ..Tidak mampu untuk ku hindari ..Ingatan padamu ..Terbayang diruangan mata..Jernih dan berkaca ..

Pada siapakah... ku luahkan rasa ..Mungkin tak siapa yang bakal mengerti ..Sehingga kini bersemadi
Sungguh sunyi ..Melewati hari-hari... Ku harungi tanpa dirimu disisi

Musim berganti meninggalkan kesan yang mendalam ..Aku menerima ..Sebagai satu pengalaman
Sehingga kini... Tidak mampu untuk ku hindari ..ingatan padamu ..Terbayang diruangan mata ..Jernih dan berkaca

Kesunyian Melewati hari-hari ..Ku harungi tanpa dirimu disisi ..Doaku tak pernah... terlupa
Buatmu selamanya..Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu..Apakah ku masih bisa terus melangkah..Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat ..Selalu di hatiku

Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..


 

Isnin, 25 Julai 2011

Assalamualaikum..


sedar tak sedar nak dekat bulan puasa dah kan?... cepat je rasa nya dah nak bulan puasa nih.bagi yang tak sedar tu, cuba tampar pipi anda sesedap rasa yea..^^,


alhamdulillah puasa kali nih, aku dapat bersama2 dengan keluarga. kalau sebelum nih, aku 
berpuasa di perantauan jek. iaitu di Nilai negeri sembilan yea..(perantauan la jugak an?)tapi kali nih, aku bersyukur sangat dapat peluang  menikmati ramadhan si samping keluarga terchenta. insyaallah.




setiap kali nak datang ramadhan, perasaan yang mula2 aku rasa, rasa terharu. sebab aku bersyukur sangat dapat berpeluang menikmati bulan ramadhan al mubarak kali nih..


kita pun tau kan bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia diantara semua bulan.  Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan."


jadi, dengan itu...apa kata untuk ramadhan kali nih, kita cuba jadikan bulan ini sebagai platform untuk kita sama2 meningkatkan iman dan amal dan memburu syurga firdausi. insyaAllah, kita juga sama2 berusaha menjadi individu muslimah yang terbaik! 






last but not least, caye nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak..! jom sama-sama kita hidupkan bulan ramadhan dengan memperbanyakkan ibadat..insyaAllah..! 


Barakaallahu fi kum..! ^^,

Sabtu, 23 Julai 2011

riang ria jalan-jalan

macam biasa..mulakan dengan بسم الله الر حمن الر حيم .........
alhamdulillah..syukur pada ALLAH..masih lagi bernafas di kala ini.,,alhamdulillah..terima kasih ya ALLAH.,,


kali ni aku nak tulis pasal riang ria jalan-jalan.,,lagi dua minggu cuti sem nak tamat,,aku dengan 3 orang kawan aku buat date.,,hahaha.,,biasa laa dah lama tak jumpa.,,sekali jumpa.,,macam pasar ikan laa jadinya.,,hahaha..itu lah realiti..haha.,,

first date kami jumpa kat KFC..,sebelum nak jumpa kat KFC tu..aku dah janji dengan kawan aku D..nak pi ambek dia kat rumah tok dia..dalam perjalanan..tetiba tayar motor aku pecah.,,hah,..sudah.,,dah laa lewat dah masa tuu.,,aku call kawan ak A,..dia yang pi ambek D.,,aku lepas tukar tayar.,,aku dengan S terus pi KFC.,,

tunggu dalam 30minit..D dengan A pon sampai.,,,kami pon pi laa order makanan,.rupanya kat KFC tu tak dak dah sos dalam botoi.,,kami pon terpaksa laa guna kotak burger untuk isi sos...hahaha.,,punya laa banyak isi sos dalam kotak tu..

sambil makan.,kami dok diskas nak pi mana lepas tu.,,diskas punya diskas.,,kami pon dapat jawapan.,,kami pi melawat cikgu-cikgu kami.,,beli buah tangan,..lepas tuu baru pi rumah cikgu.,,dok dua jam.,,kami bergerak ke rumah cikgu sorang lagi pulak.,,sampai pukul 6 lebih,baru bertolak balik.,,bila dah sampai kat rumah cikgu.,,aku pon..automatik jadi DIAM..hahahaha.,,aku memang macam tu dah.,,pi pi laa rumah sapa pon..confirm jadi macam tuu..,,hahahahahaha.,,,gambar sikit jaa yang dan ambek pon.,,




Rabu, 20 Julai 2011

barang-barang kesayangan aku

kali ini nak share pasai barang-barang yang aku sayang.,,sebab apa aku kata aku sayang???SEBAB......

  1. bila aku rasa sunyi,sedih,gembira dan rindu.,,mesti aku akan ambil barang ni biar berada disisi aku.,,
  2. barang nih tak akan buat aku rasa sakit hati.,,tak banyak songgeh..,,



tu lah 3sebab kenapa aku sayang barang-barang tuu.,,barang-barang tuu ialah.......:

yang ni ALBUM aku..semua memori indah ada dalam tuu.,,

DIARY aku yang keselamatannya terjamin..sebab ada mangga..

DIARY kesayangan aku.,,sekali dengan pensil yang akan aku guna untuk tulis dalam tuu..                                                      





Isnin, 18 Julai 2011

Assalamualaikum…

Alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas dan meneruskan hidup seperti biasa. 
Hari ini 18.julai.2011 bersamaan 17sya’ban 1432. Sedar tak sedar kita dah  pun berada di fasa terakhir 
bulan sya’ban dan bakal berjumpa dengan ramadhan tak lama lagi.

Harini bukanlah aku nak bercerita mengenai puasa atau raya, tapi aku sekadar nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang amat sinonim dengan kita semua. Ia merupakan satu perasaan yang ada pada setiap orang di dunia ni dan Perasaan itu adalah perasaan cinta yang aku yakin setiap manusia itu memang tidak terlepas daripada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Cinta itu fitrah cuma jangan sampai cinta itu menjadi fitnah.

Aku tidak pernah merasai perasaan bercinta, dibuai cinta, disayangi atau menyayangi seseorang dalam hidup aku. Tapi, aku masih punya perasaan ingin mencintai dan dicintai. Cuma masanya belum tiba lagi,dan kalau boleh biarlah aku merasai perasaan tu hanya kepada seorang lelaki yang bernama suami.

Penjelasan mengenai cinta ini sering di jadikan satu isu di blog2, facebook, majalah, surat khabar mahupun di sekolah dan peringkat ipta. Jika ditanya cinta  siapa yang paling agung, pasti semua dapat menjawabnya, cinta ALLAH dan RASUL. Tapi sejauh mana kita menghayati cinta kita kepada  ALLAH dan RASUL?

Sebenarnya aku ada terbaca blog seorang rakan aku yang berpangkat kakak. Dulu, dia merupakan housemate aku. Berasal dari bumi kenyalang Sarawak. Aku sangat mengagumi dia, sebab dia seorang yang sangat berkeyakinan, bercita2 tinggi, dan mempunyai sifat motivasi yang tinggi dalam diri dia. Ketika aku serumah dengan dia, dia banyak bercerita tentang hidup dia, keluarga, dan kisah cinta dia. Tapi kini, kisah cinta dia yang dulu aku rasakan dia akan bahagia di samping si dia, hancur, musnah tanpa pengakhiran yang aku harapkan. Nak tahu kisahnya, boleh terus ke blog dia. kisah dia boleh dijadikan pengajaran buat kita.

apa  yang aku takutkan, sekiranya aku bercinta, adakah akan berakhir dengan lafaz pernikahan, menjadi suami isteri, mempunyai zuriat, dan hingga ke akhir hayat?  Aku harap dia akan bersabar dalam menempuh ujian ini, biar gagal di alam percintaan, daripada gagal di alam perkahwinan.
 sebagaimana janji ALLAH kepada kita dalam firmanNYA:

 di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)





Khamis, 14 Julai 2011

~~setelah sekian lama..akhirnya~~

بسم الله الر حمن الر حيم 

alhamdulillah..,,hanya itu yang mampu aku ucapkan.,,setelah sekian lama aku mencari seorang SAHABAT SEJATI akhirnya aku berjaya temuinya.,,alhamdulillah..terima kasih YA ALLAH...aku bersyukur kepada-Mu YA ALLAH..




~~ kami ~~

  
aku kenal dengan sahabat sejati aku nih bermula pada tahun 1998..masa tu aku just kenai nama dia jaa.,,kelas lain-lain..kami tak pernah rapat.,,sembang pon tak pernah.,,bila jumpa pon tak bertukar senyuman..kerana..bagi aku masa itu..sahabat aku,hanya orang yang aku kenai dan rapat serta selalu luangkan masa bersenbang dan bergurau senda bersama.,,rupanya aku tersilap.,,aku salah dengan fahaman aku terhadap apa itu erti SAHABAT..
apabila masuk era 2000..lebih tepat lagi pada tahun 2004.,,kami ditakdirkan belajar dalam satu kelas.,,tapi tetap tak bersembang satu sama lain..,apatah lagi berbalas senyuman.,,maka.,,berakhirlah tahun 2004.,,masuk plak tahun 2005..tahun yang akan aku ingat dan terus ingat.,,pada tahun inilah aku berkenalan dengan DIA..walaupon masa tu dah kenal 8tahun dah..tapi baru nak berkenalan.,,

lama kelamaan..kami menjadi semakin rapat..boleh bergurau senda..tolong satu sama lain..dan yang penting kami saling memahami.,,sampai laa tahun 2007..aku rapat balik dengan kawan aku yang dulu masa sekolah rendah dia lah sahabat aku.,,kemana saja kami berempat.,,TAPI.....
langkah saja tahun 2008..2009..2010.2011..semuanya telah berubah.,,biar pon semuanya telah berubah..tapi DIA tetap setia disamping aku..walau apa pon yang berlaku..DIA tetap bersama aku.,,segala masalah..aku pasti akan kongsi dengan DIA.,,keakraban kami umpama UPIN IPIN..seakrab mana pon kami..tetap ada pergaduhannya.,,barulah ada rentak kehidupan..

~ inilah keakraban kami ~


dalam dirinya ada ciri-ciri SAHABAT yang perlu kita cari.,,antaranya..ini lah ciri-cirinya :

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
  • jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,DIA akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

  • jika DIA mendapar sesuatu kebajikan daripadamu,DIA akan menghargainya.

  • jika engkau membuat bakti kepadanya,pasti DIA akan melindungi mu.

  • jika engkau berdua berselisih faham,DIA akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatn itu. 
 
 kita juga diingatkan supaya melihat dua sifat ini sebelum memilih seseorang menjadi sahabat..:
v
v
v
v
v
v

  • orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian..


  • orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara. 
semua itu ada dalam dirinya...dan DIA lah SAHABAT SEJATIKU

~ sahabat selamanya ~




.


Sabtu, 25 Jun 2011

ya ALLAH,,.apakah semua ini hanya ujian-MU,,..

بسم الله الر حمن الر حيم

entah kenapa sejak dua menjak ni,asyik muncul lakaran muka seseorang jaa dalam ikiran aku nih..apakah ini yang di namakan CINTA??entah lah..aku pon xtau..tapi semakin hari..semakin menjadi.,susah untuk aku padamkan lakaran yang dah save dalam memory aku nih..macam mana yaa untuk aku lupakan dan hilangkan semua lakaran tersebut..ya ALLAH..tolong lah hambu ini ya ALLAH..

aku xkenak siapa dia yang sebenar..aku xpernah jumpa..xpernah bersembang..tapi kenapa hanya lakaran wajahnya saja yang muncul dalam memory aku..huhuhu..aku dah try buat xtau..tapi tetap jugak xboleh.,,harus gimana lagi aku perlu lakukan.,,?????hanya buntu saja jalan penyelesaiannya..

ya ALLAH,..apakah ini semua hanyalah ujian dari-MU untuk ku.,,sebagai hamba-MU,.aku terimanya dengan hati yang redha ya ALLAH.,, aku terima..aku terima takdir ini ya ALLAH..,,

Jumaat, 24 Jun 2011

بسم الله الر حمن الر حيم

ku menghimpun kekuatan,,
ku memohon ketabahan,,
meredah gelombang hidup,,
ku anggap kegagalan bukan sesuatu kekalahan,,
tetapi sesuatu kejayaan yang masih terpendam,,
ku minta diberikan kesempatan,,
untuk ku ulangi kembali langkah pertama,,
keperitan yang ku rasa,,
mengajar erti kesabaran,,
dan menyedarkan ku bahawa aku insan yang memerlukan-MU oh TUHAN.,,




Khamis, 23 Jun 2011

ehh,camne boleh wujud blog nie erk??

tertanya lagi..ehh,camne boleh wujud blog BICARA 2 HATI 2 JIWA nih erk??haha..begini ceqitonya..sebelum tu.. بسم الله الر حمن الر حيم ...kita kena laa mula dengan nama Allah dalam apa jua kerja yang kita nak buat pon kan.,,

haaa..baru laa boleh mula bercerita....pada suatu malam..tetiba jaa aku rasa macam nak buat blog..sebelum ni pon dah buat blog3..tapi macam xbest jaa..so kali ni..aku kongsi dengan kawan aku..baru laa idea banyak sikit..pikir punya pikir..pada keesokan harinya..aku sms kawan aku..tanya dia nak ke tak nak..

ini jawapannya.,,ehmm,okey gak..haa..tu kiranya dah setuju laa.,,
pada mulanya aku nak buat nama blog ni dengan nama 1095 hari menanti cinta sejati..tapi kawan aku kata kalau buat nama bicara 2 hati 2 jiwa..aku okey jaa..lagipon sedap jugak nama tu..makanya terjadilah blog BICARA 2 HATI 2 JIWA nih..,,

dalam blog nih..aku ingat nak tulis apa yang ada dalam fikiran aku dan yang berkaitan dengan kehidupan aku serta keadaan persekitaran aku..,,tu jaa.,,gosip2 xnak tulis.,,xsempat nak bergosip sebenarnya.,,haha..sekian dulu untuk malam nih.,,
 

DEAR FRIEND

IF 1 DAY YOU FELL LIKE CRYING..SAY ALLAH..HE DIDN'T PROMISE TO MAKE YOU LAUGHT,BUT ALLAH CAN MAKE OUR HEART CALM..

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

if 1 day you want to runaway..didn't promise anything,.but he leave you with his Hadis..

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>

IF 1 DAY YOU DIDN'T WANT TO LISTEN TO ANYBODY.. JUST READ AL-QURAN.IT DIDN'T PROMISE YOU ANYTHING..BUT IT PROMISE YOU RAHMAT AND BARAKAH...

<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>

if 1 day we lost each other..just remember me in our prayer..it didn't promise to connect us..but it promise that our FRIENDSHIP will never end..


FRIENDSHIP NEVER END

Catatan Pertama..

Assalamualaikum..first sekali, nak ucapkan terima kasih kat nabillah sebab sudi buat blog nih untuk dikongsi bersama.thank you.. w3lC0M3 t0 bICARA 2 hATI 2 jIWA.
Alhamdulillah dah nak cuti dah…tak sabar rasanya nak tunggu 8.7.11. tinggal lagi 2 minggu lagi kot. Hari yang di tunggu  semakin hampir. Penat woo.. menunggu nak balik. Ce bayangkan aku tak balik kedah dari bulan 2 lagi. sekarang dah nak bulan 7, ce kira dah berapa bulan aku tak balik? 5 bulan..5 bulan weh!! Lama tuu..hampa boley tahan tak balik kampung lama tu? Boley dak?? Tak bley kan?..teng0k,aku sorang ja yang bley..HAHA..kadang2 tu macam nak semput aku tunggu cuti nih. Tiap2 hari belek kalender,duk  kira berapa hari lagi nak balik..haha..

ha..macam ni lah rasanya bila duk berjauhan,rasa rindu tu tak tertanggung dah. Tapi bila ingat balik, tujuan aku duk sini pun nak belajaq, menuntut ilmu dan menimba pengalaman yang sangat2 berharga, so aku sabaq sikit,buang rasa nak balik tu, cuba focus kat study dulu. Sampai masa cuti, baru la cuti.. So, wish me luck untuk final exam nanti yea..(^_^)

JODOH DAN TAKDIR

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan