Assalamualaikum..! erk.. ado orang tak? ?_?
Wah..lama la tak buka blog nih..tak ada cerita yang aku nak kongsikan..yela..aku bukanlah seorang blogger yang pandai berblogging…sekadar suka-suka je berblogging nih bila ada masa yang sengaja dibuangkan..
nak tulis tentang apa ea? Tak ada idea sebenarnya..tapi tak pa lah, aku nak tulis jugak..
sekarang nih, aku dah berada di tahun dua sem 3..dah jadi senior laa..ramai je budak2 sekolah aku dulu yang aku jumpa kat usim ni..yang bagusnya diorang nih tegur aku..dulu kat sekolah kalau jumpa berselisih pandang pun tak..tapi kat sini, tiba2 tegur aku siap salam cium tangan..alahai..bagusnyaa..sekurang2nya diorang kenal jugak aku kan..ingat bila aku dah keluar sekolah, tak ada sapa yang ingat aku..(terharu seketika)..
 |
gedung ilmu...maktab mahmud alor star |
aku nak cerita, sem 3 nih..banyak yang aku kena menghafal..yelaa, dah amik kos alquran sunnah kan..kena lah hafal alquran n hadith..betul2 menguji kekuatan minda aku dan untuk mengguatkan lagi minda, aku pun beli lah sebotol kismis TG(tok guru) masa expo kat kampus aku..murah kot, harga asal RM10 tapi promosi hari tu dapat RM6.50. bukan jual kismis je, macam2 ada. Baju,tudung,selendang,beg,kasut,aksesori laptop n hp,makanan. Macam2 lah..dah 2 minggu berturut2 diorang buat expo. Tapi aku tak tergugat! Hahaha..erkk..ok, aku beli tudung je..=.=’
 |
amalkan setiap pagi makan 21 biji... |
bila tengok baju2 yang di jual kat expo ada macam2 fesyen..yang blause, kebaya,kurung,jubah,tshirt labuh,tshirt pendek ketat sendat dan mampat. Terpulang pada kita jek nak beli dan pilih yang mana.
Teringat aku pada kata-kata ayah: “kita pakai baju nih bukan nak berfesyen tengok orang pakai cantik, kita nak pakai..tapi kita pakai baju nih sebab nak tutup aurat,jaga maruah diri..bukan nak tunjuk kat orang. Tepuk dada Tanya iman”
Ayah pernah cakap kat aku, “kalau boleh..pakailah sesopan-sopannya..tutup yang mana terbuka, labuh yang mana singkat, longgar yang mana patut”. Kata ayah lagi, “tak salah kalau kita pakai baju kurung atau jubah setiap masa, jangan ada alasan susah nak bergerak. Cuba tengok orang arab yang pakai jubah besar2 naik turun ktm,bas, kapal terbang..ok je, tak ada masalah pun bagi diorang. Jangan sebab pakaian kita jadikan alasan”
 |
pakaian mencerminkan peribadi |
Aku berfikir sejenak…ada betulnya kata-kata ayah..sebab aku pernah perhatikan mereka-mereka yang ayah maksud kan. Sewaktu aku naik ktm, ada je yang berjubah besar, labuh dan berpurdah dengan bawak barang banyak naik ktm. Bukan itu saja, mungkin bila kita berpakaian nih kita mesti nak ikut suasana dan tempat yang kita pergi kan?
Contohnya kalau kita pergi ziarah sanak saudara bila hari raya, pergi kuliah,pergi dengar ceramah kita mesti akan pilih pakai baju kurung kan? Tapi kalau nak ke shopping complex macam times square, the mines,midvalley kita mesti nak pakai yang ‘update’ skit macam tshirt or blause kan?. Sebab kita akan rasa malu kalau ke tempat2 macam tu pakai baju kurung kan? Hakikatnya, tau tak masih ada lagi yang berbaju kurung dan bertudung labuh bila di shopping complex dan tempat2 yang aku sebutkan tadi? Mungkin ada yang akan kata : “ee..kolotnya, tak reti nak berfesyen” or “ntah apa2 la diorang nih, datang tempat macam nih pun pakai baju kurung..” bagi aku, aku kagum dengan mereka2 yang masih lagi berbaju kurung bila di tempat2 macam tu, sebab diorang tak fikir tentang bergaya,fesyen,apa orang nak cakap,apa orang nak pandang janji diorang tahu apa yang diorang pakai dan tak ada halangan untuk diorang berada di tempat2 macam tu. Islam itu indah dan tak menyusahkan. Cuma kita yang menyusahkan diri sendiri.
Tak dinafikan aku pun macam tu jugak, bila nak pergi jalan2 kat KL mesti nak fikir pakai yang ‘update’ sikit. tapi tak salah jugak kalau kita berfesyen sikit contohnya nak pakai tshirt biarlah yang labuh, seluar longgar dan yang sama waktu dengannya…apa-apa pun tepuk dada Tanya iman.
So, Dari situ aku mula faham..mungkin ayah nak anak2 dia dapat menjaga maruah diri salah satunya melalui cara berpakaian..
Aku tahu, apa itu aurat sebab aku dah di didik dari kecil oleh mak ayah sehinggalah aku masuk sekolah hingga ke ipt. Tapi dek kerana zaman semakin maju dan cara hidup kita mula berubah mengikut peredaran zaman, aku hampir tersungkur dan tertunduk dengan fesyen duniawi. Kata ayah lagi “ kita amik kos pengajian islam syariah la,quran sunnah la, tapi bila berpakaian macam amik kos IT, nursing,akaun..langsung tak ada ciri2 islamik. Mana perginya ilmu agama masa belajar kat sekolah dulu? dari kecik sampai ipt belajar agama tapi kita tak praktikkan,. sapa lagi yang nak amalkan kalu bukan kita? ”
Insyaallah..sikit demi sikit aku cuba perbaiki diri. Segala apa yang aku tulis kat atas sekadar pendapat dan pandangan dari kaca mata aku . aku pun masih belum sempurna lagi dari segi pemakaian nih..masih banyak perlu di perbaiki.. Lain orang lain pendapatnya..apa2 pun yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri.
muhasabah diri...
(dalam tak ado cerita, panjang plak aku tulis…^__^)