Jumaat, 30 September 2011

~~amalan-amalan untuk memohon jodoh~~



 

 
1. Membaca surah Yaasin
setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.

 



1. Seseorang yang berjihad dijalanNYA.
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya.
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya.


8.
Berdoa dengan kusyuk
diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.



9.
Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling mudah;


Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli'ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa-apa saja bahasa yang anda mahir…


Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli'ala saidina muhammad.


 

oRaNg LaIn dAh AdA….TaPi aKu???


بسم الله الحمن الرحيم

 

(dicopy dan dipaste oleh aku..daripada hasil karya Fatimah Syarha 2008)


 

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah nak kawin, tinggal aku sorang saja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
  
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.

            Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

            Oh, remaja!

            Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

            Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!

            Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

            Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, "first thing first". Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.

            Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!

            Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

            Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

            Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

            Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya.sekian
J


 

~` SeCeBiS wArKaH uNtUk bAkAl tEmAn HiDuP Ku `~


بسم الله الرحمن الرحيم
aSSaLAmua'Laikum wArahmAtullahi waBarakatuh…,,,

ke hadapan bakal teman hidup yang ditakdirkan untukku,..

disaat ini..dikesempatan ini..dimasa dan saat ini..ingin aku coretkan secebis warkah khas untuk dirimu..biarpon hanya secebis..namun ku berharap ianya sangat bermakna buatmu..


 

Duhai teman hidupku..,

duhai bakal PEMIMPIN hidupku,

duhai bakal IMAM untuk membimbingku,

duhai bakal bapa kepada si cilik-si cilikku,

duhai bakal menantu ibubapaku,

siapakah engkau sebenarnya?

di manakah engkau berada sekarang?

bilakah kita akan dipertemukan?

Meskipun dirimu tak kukenali,.

Tetapi aku yakin bahawa dirimu ada untukku..

dan aku juga berharap yang dirimu juga sepertiku, merinduimu..

ku titipkan doakan kesejahteraan ke atasmu..

nantikanlah saat pertemuan kita berdua apabila tiba masanya..

Andai kau tahu….

aku juga harap kau tahu….

Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku…

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.. ..

Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana….

tapi DIA….

DIA yakni Allah yang menjadikan dirimu dan diriku,..

di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui…

InsyaAllah,,Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama…

InsyaAllah dirimu tetap untukku,..

Jika itu yang Allah kehendaki…

Jodoh itu seperti rezeki…

Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku…

Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya…

Ku mohon sungguh Ya Allah,,,,

Kuatkanlah imanku dan imannya….

Jika dia benar untukku,Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,..

Jika dia bukan untukku,damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu….


Yang menantimu..,,
                       DOUBLE N

 

~~Apakah maksud semua ini??~~


•. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • •. ¸¸ ♥ •. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • .... ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •.¸ ♥ ♥•. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • ♥ •. ¸ ¸. •. ¸ ¸. • . ¸¸ ♥ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • •. ¸ ¸ •. ¸ ¸. • ...

Ehmm..tahun lepas aku pernah laa sekali cuba kuiz yang ada kat facebook tuu..ini kuiznya..

berapa lama anda sanggup menunggu orang yang anda cinta?


 

Ini Hasilnya: kamu adalah penunggu cinta yang sejati

i love it!!! selamat...!!! kamulah orang yang paling tabah dlm menanti seseorang.... semoga orang yang kamu nanti itu sadar betapa kamu mencintainya walau kamu selalu disakiti olehnya....


 

وكم تبقى من ليالي كي احلم بك فيه ؟ وكم سنة يجب ان اناديك كي تسمع نداءي ؟ وكم سنة يجب ان ابكي كي تدرك حجم المي ؟ لماذا بين يدي ويديك سرب من الاسلاك.. لماذا حين اكون انا هنا تكوني انتي هناك...

Berapa banyak malam yang ada harusku ku bermimpi untukmu?.
Berapa tahun harus ku memanggilmu untuk mendengar rayuanku?.
Berapa tahun lagikah harus ku menangisi bagi meredakan kesakitanku?.
Kenapakah di antara tanganku dan tanganmu dipagari dawai berduri.. Kenapakah apabila ku berada di sini engkau pula berada di sana.
.....


 

Ku mengatur langkahku..Jalan tanpa bayang-bayang mu..Langit dan bumi setia menemani ku..Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku..Ku kepanasan tanpa perlindungan mu..Hari berganti hari aku masih teguh menanti..Hadir diri mu dalam hidup ku ini..Rasa kecewa ada bila kaki kita penat berlari..Namun yakin ku kau kan ku temui..

Ku takkan pernah cuba berhenti..Langkah ku mencari cinta..Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia..Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu..Ku lihat semua gembira..Bila mengenali erti cinta..Senyuman ku beri hanya duka..Bila ingin teman tuk berbicara..Cinta jangan sembunyi..Mataku ku kabur mencari..Hadirlah dalam hidup ku ini..Cinta jangan engkau pergi..Bila langkah ku cuba..Untuk mengejar diri mu

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati..Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi..Renungan mata bukan pandangan biasa..Kini baru ku sedari..Selama ini kau ku sayangi..Andai bukan itu hakikatnya..Mengapa rindu yang ku rasa???Mungkin tiada ku fahami..Tidak dapat ku nafikan lagi..Beban rahsia kian membakar diri.

kalimah cinta selongkar renungan dicipta..mungkinkah dibiar terdampar..kasih tak kesampaian..naluri bisik bukannya dambaan cinta..ikhlas ku nyatakan..kau yang sayangi..kau yang kucintai..walau tak mampu ku miliki..Ingin ku luahkan..mungkin satu hari..kan terbuka pintu hati..dapat jua kau terima..diri ku akhirnya..



Tak ubah berbunga lalang..Rendahnya pandangan mu..Pada ku yang amat memerlukan..Kegersangan sekeping hati..Harapkan setitis embun..Pada basah rindu ini..Aku yang terbiarSejak mula lagi..Puas ku merintih..Puas ku berduka..Ku hanya mampu berserah..Berserta doa harapan..Ubahlah haluan hidup ini..Demi cinta yang menyala..Ku rela menggengam bara api..Demi kasih yang mengharum..Sungguh aku rela..Biarpun pada pandangan..Seperti bunga layu yang terbuang..Namun kau pasti tahu..Semua kerana aku masih lagi setia pada mu..Biar ku menangis seumpama pengemis.

Berikanlah jawapan..Huraikanlah simpulan..Biar tenang jiwaku..Setelah kasih lama berlalu..Tidak mungkin ku lupa..Perjanjian kita..Di bawah rumpun bambu..Di kala bulan sedang beradu..
Di kala hatiku terlukis namamu..

Kalau memang tiada jodoh..Apa lagi nak ku heboh..Aku malu pada teman..Pada semua
Rindu ... rindu serindu rindunya..Namun engkau tak mengerti..Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli..Malu ... semalu malunya..Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya..Namun apa daya orang dah benci..



Ku menyaksikan seraut wajah cinta..Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan..Bagaikan cinta yang terkubur
Adakah mungkin untukku menghindari..Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan..Kecewa ataupun bahagia..

Ku mengharapkan ikatan kemesraan..Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan..Ku yakin padamu oh Tuhan

Rindu... telah melekat dalam hatiku..Walau awan berlalu..Rinduku... tak berubah arah
Purnama mengambang... cuma berteman..Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada..Aku merindu pada yang kasih..Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku..Purnama mengambang berbagai warna..Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Tak pernah kutermimpi.. Untuk bercinta denganmu ..Tapi dah tersurat kita bertemu dan jatuh cinta
Sekiranya kau dapat terima aku seadanya ..Itulah buktinya keihklasanmu ..Andainya Tuhan megizinkan ingin menunaikan ..Segala impian yang lama terpendam..Masih terpahat di dalam ingatanku
Begitu syahdu ..Tika menyusur kenangan denganmu ..Begitu lama Pergimu tak kembali menguntum rindu ..Di atas ranting usiaku


Musim berganti... Meninggalkan kesan yang mendalam ..Aku menerima sebagai satu pengalaman
Sehingga kini ..Tidak mampu untuk ku hindari ..Ingatan padamu ..Terbayang diruangan mata..Jernih dan berkaca ..

Pada siapakah... ku luahkan rasa ..Mungkin tak siapa yang bakal mengerti ..Sehingga kini bersemadi
Sungguh sunyi ..Melewati hari-hari... Ku harungi tanpa dirimu disisi

Musim berganti meninggalkan kesan yang mendalam ..Aku menerima ..Sebagai satu pengalaman
Sehingga kini... Tidak mampu untuk ku hindari ..ingatan padamu ..Terbayang diruangan mata ..Jernih dan berkaca

Kesunyian Melewati hari-hari ..Ku harungi tanpa dirimu disisi ..Doaku tak pernah... terlupa
Buatmu selamanya..Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu..Apakah ku masih bisa terus melangkah..Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat ..Selalu di hatiku

Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Subhanallah aku mencintainya..Subhanallah aku menyayanginya..Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku..